Header Ads

JAIS tidak pernah keluarkan arahan ke seluruh masjid dan surau di Selangor memohon konsert Selena Gomez dibatalkan

JAIS tidak pernah keluarkan arahan ke seluruh masjid dan surau di Selangor memohon konsert Selena Gomez dibatalkan

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak pernah mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau di Selangor bagi mengadakan solat hajat memohon konsert Selena Gomez dibatalkan.
Pengarahnya, Datuk Haris Kasim, dalam satu kenyataan media, berkata sebarang pembatalan terhadap konsert artis popular antarabangsa itu tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukan jabatan itu.


JAIS tidak pernah keluarkan arahan ke seluruh masjid dan surau di Selangor memohon konsert Selena Gomez dibatalkan

"JAIS tidak mengeluarkan apa-apa bentuk arahan kepada seluruh masjid dan surau di Selangor bagi mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat atau pada bila-bila masa untuk memohon kepada Allah SWT supaya Konsert Selena Gomez dibatalkan," katanya.

Konsert Selena Gomez dijadual diadakan di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada 25 Julai 2016 ini. Bagaimanapun, Haris berkata, beliau tidak menafikan jabatan itu ada menerima beberapa permohonan daripada masyarakat umum supaya konsert itu dibatalkan.

Katanya, permohonan berkenaan sudah dipanjangkan kepada PBT.

Kenyataan Haris itu ternyata bercanggah dengan satu kenyataan yang dikatakan dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, sebelum ini, yang meminta semua masjid dan surau di negeri itu mengadakan solat hajat.

Kenyataan itu, antara lain menyebut umat Islam tidak reda dan merestui segala bentuk hiburan yang melampau, termasuklah konsert Selena Gomez yang akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Ahmad Yunus bagaimanapun gagal dihubungi untuk mengesahkan penyebaran kenyataan itu.

Sumber : Bharian
JAIS tidak pernah keluarkan arahan ke seluruh masjid dan surau di Selangor memohon konsert Selena Gomez dibatalkan JAIS tidak pernah keluarkan arahan ke seluruh masjid dan surau di Selangor memohon konsert Selena Gomez dibatalkan Reviewed by zaidizek on July 25, 2016 Rating: 5

No comments

Recent Posts

Beauty