Header Ads

KL naikkan kadar parking paling tinggi kat dunia? Tapi siapa yang harus bertanggungjawab?

Syukur-malaysia-aman

Korang mesti ada dengar atau terbaca berita mengenai DBKL yang menaikkan kadar letak kereta kat seluruh KL. Ia memang bukan berita buruk buat kita pun, kecuali berapa banyak kenaikkan yang dikenakan.

DBKL umumkan bermula 18 Julai 2016, kadar bayaran meletak kenderaan telah dinaikkan sebanyak 150% di beberapa kawasan tertentu area KL. Ini adalah peningkatan kadar bayaran tempat letak kereta yang paling tinggi. Tapi adakah ia setanding dengan Negara-negara lain.

Kitaorang cuba lihat kadar kenaikan harga letak kereta kat negara-negara lain
Kitaorang cuba buat research kat Google dengan type "ridiculous parking price increases" (kadar kenaikan harga tempat letak kereta yang tak masuk akal) dan hasil yang kitaorang temui ialah…
Kadar peningkatan harga bayaran tempat letak kereta kat Singapura didapati meningkat sebanyak 20%. Itu pun masyarakat Singapura dah mula bising kata kerajaan dorang tak prihatin dengan kenaikan kos sara hidup. Di U.K pulak, kadar kenaikkannya lebih sikit je iaitu 21% dan rakyat dorang pun bising kata ianya benar-benar tak masuk akal! Tapi berlainan pulak dengan India yang kadar kenaikkan bayaran tempat letak keretanya meningkat 100%. Berita peningkatan kadar bayaran tempat letak kereta kat India ni hampir membawa kepada pe rgaduhan selepas terjadi perdebatan mengenai isu tersebut.

So ni bermakna negara kita dah pecah rekod Negara India dengan menaikkan kadar tempat letak kereta yang paling tinggi sampai mencecah 150%! Tapi rekod sampai bergaduh tu belum lagi lah buat setakat ni. Hehe


Ramai orang Kuala Lumpur kesal dan tak puas hati dengan kenaikkan kadar bayaran tempat letak kereta ni. Dari Persatuan Pengguna Malaysia sampailah ke ahli politik pembangkang semua menyuarakan ketidak puas hatian dorang mengenai isu parking ni. Tapi sebenarnya Pengguna Pengangkutan Awam Negara (NPTU) nak kan kenaikan kadar yang lebih tinggi, dan respon orang ramai menunjukkan…

Kenapa tetiba kadar parking ni naik mendadak ?!
Menurut kenyataan DBKL, dorang menaikkan kadar bayaran tempat letak kereta tu kat daerah pusat perniagaan (CBD) sebab nak kurangkan kesesakan lalu lintas kat bandar dan menggalakkan orang ramai untuk berkongsi kereta. Ini kerana kat kawasan parking tu akan sentiasa penuh je bila waktu kemuncak.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Amin Nordin, langkah menaikkan kadar letak kereta ni tak didorong keuntungan pun tapi ia hanya merupakan satu-satunya cara nak kurangkan kesesakan lalu lintas kat bandar.

"Saya tahu saya akan menjadi sangat tidak popular, tetapi ia perlu dilakukan kerana lalu lintas di Kuala Lumpur sudah penuh sesak." – Datuk Amin Nordin, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Dipetik dari Berita Harian.

Oleh kerana Kuala Lumpur ni mempunyai rekod pendaftaran kereta yang paling tinggi kat Malaysia pada setiap tahun,so kitaorang pun setuju dengan beliau.

Tapi….

Korang ingat lagi tak kes DBKL yang mempunyai masalah dengan kutipan hasil pada tahun lepas yang membuatkan kita terpikir MUNGKIN dorang segaja nak amik keuntungan. Berbalik kepada isu parking ni, ramai yang mempersoalkan kenapa kediaman kat Sri Hartamas, Bangsar, Taman Tun Dr Ismail dan Damansara Heights jugak dikenakan peningkatan kadar parking? Dan bagaimana kawasan-kawasan ni diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada Daerah Pusat Perniagaan (CBD) walaupun kawasan ni tak berdekatan dengan CBD berbanding dengan kawasan-kawasan KLCC atau Brickfields.

*Update: Masa artikel ni ditulis, TTDI merupakan sebahagian daripada kawasan yang menghadapai kenaikkan harga tempat letak kereta. Tapi baru-baru ni DBKL telah keluarkan kenyataan bahawa dorang telah mengambil kira pandangan semua pihak dan ambil keputusan untuk kembalikan kadar parkir lama kat area TTDI memandangkan ia adalah kawasan perumahan. Tapi bagaimana dengan kawasan Mont Kiara dan Sri Hartamas kerana ia juga merupakan kawasan perumahan? Hmm kawasan tersebut tetap dikenakan kenaikan kadar parkir. (buat setakat ni belum ada berita kata DBKL nak kekal dengan kadar lama)

Mungkin dalam fikiran DBKL, Sri Hartamas lebih dekat dengan pusat KL daripada Brickfields. Imej diambil dari thestar.com.my.

Mungkin dalam fikiran DBKL, Sri Hartamas lebih dekat dengan pusat KL daripada Brickfields. Imej diambil dari thestar.com.my.

DBKL yang bertanggungjawab atas kenaikan ini?
Ahli-ahli pembangkang telah mengatakan bahawa DBKL takde pun nak berbincang dengan pihak berkuasa lain sebelum menaikkan harga parkir dan kami sekarang dorang (pembangkang) telah menyerahkan memorandum protes kenaikan harga.

Tapi lepas diadakan mesyuarat antara Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ahli Parlimen Pembangkang Nurul Izzah diberitahu bahawa SPAD sebenarnya merupakan salah seorang yang membuat keputusan untuk menaikkan harga !!!

So idea ni sebenarnya datang dari DBKL atau SPAD?? Tapi boleh jadi jugak ia datang dari kedua-duanya kerana menurut Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai (DAP) ia datang dari Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang mencadangkan peningkatan bayaran parkir untuk mendapatkan keuntungan yang lebih!

YWP

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) adalah asas yang bertanggungjawab menguruskan sistem tempat letak kereta kat  KL sejak 2015, dan 35 peratus  daripada hasil yang mereka dapat dari tempat letak kenderaan pergi ke DBKL setiap bulan. Dan untuk pengetahuan korang, salah sorang daripada Lembaga Pemegang Amanah YWP, adalah Menteri Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab bagi K.L iaitu …. Tengku Adnan!


Untuk berlaku adil, kitaorang tak boleh nak sahkan sebab kenyataan yang terakhir ianya hanya datang dari Ahli Parlimen pembangkang je. Tapi berbalik semula pada persoalan utama, sebenarnya  KL belum dapat memecahkan rekod dunia kerana terdapat bandar lain jugak yang telah menaikkan kadar parkir yang lagi tinggi dari DBKL.
Dan jawapannya adalah…..

Iceland! Bandar Reykjavik telah menaikkan kadar tambang letak kenderaan sebanyak 200%! Sama macam DBKL, Majlis Bandaraya dorang pun mengakui bahawa dorang tak mengkaji dengan teliti mengenai kadar kenaikan harga letak kereta tapi dorang terpaksa naikkan kadar tersebut sebab dorang telah kehilangan banyak wang. Tapi Reykjavik mempunyai sistem pengangkutan awam bersepadu dengan tambang yang murah. So ia takde lah membebankan rakyat.
Perbandingan menurut dua bekas Datuk Bandar KL…

"DBKL kini mempunyai pendapatan yang lebih besar berbanding dengan 30 tahun yang lalu … jadi tiada keperluan untuk meningkatkan kadar lebih 10%"

SPAD juga melaporkan bahawa bas KL dan train hanya boleh menguruskan sehingga 960,000 penumpang je dalam masa sehari, jadi nampaknya harapan DBKL untuk mengurangkan sehingga 1 juta kenderaan dari bandar tu jelas kelihatan. Peningkatan mendadak tanpa notis pemberitahuan tak memberi rakyat untuk membuat persedian dan perancangan terlebih dahulu. Tapi jika pihak DBKL memberikan notis awal enam bulan sebelum kadar kenaikkan diumumkan,  mungkin rakyat boleh memikirkan sesuatu mengenainya, macam kat Singapura.

Bagi menyelesaikan masalah (seperti menaikkan kadar letak kereta ), mungkin kerajaan boleh melakukan kajian bagaimana untuk menyelesaikan kes macam ni seperti kat Sweden, sebab rakyat dorang dibenarkan untuk berbincang sebelum melaksanakan sesuatu cukai supaya rakyat dorang faham dan terima dengan lebih baik tentang kenaikan tersebut. Kitaorang yakin kalau rakyat Malaysia diberi peluang untuk mencadangkan penambahbaikan, mesti ramai yang akan membantu bagi menyelesaian masalah ini.

 KL naikkan kadar parking paling tinggi kat dunia? Tapi siapa yang harus bertanggungjawab?

sumber: soscili.my
KL naikkan kadar parking paling tinggi kat dunia? Tapi siapa yang harus bertanggungjawab? KL naikkan kadar parking paling tinggi kat dunia? Tapi siapa yang harus bertanggungjawab? Reviewed by zaidizek on July 25, 2016 Rating: 5

No comments

Recent Posts

Beauty