Header Ads

Lelaki Ini Hasilkan Lukisan Menakjubkan Guna Paku. Kreatif!

marcus-levine2

LONDON – Paku atau batang besi wajib digunakan semasa membina rumah atau bangunan atau lain-lain. Bentuk yang kaku dengan bahagian yang tajam di hujungnya, membuatkan paku seolah-olah tidak mempunyai keindahan. Namun di tangan Marcus Levine, beribu-ribu paku digunakan untuk menjadikan sebuah gambaran lukisan yang tenang.

Menurut pelukis berasal dari London, England itu mula menggunakan media paku dan kayu sebagai kanvas lukisannya dari tahun 2004. Ia rata-rata menggunakan 15 ribu hingga 50 ribu batang paku untuk membuat karya seninya. Masa yang diperlukan antara tiga hingga enam puluh hari untuk menyiapkan karya seninya dari paku.

Lapor Global News, Levine menyebut seninya sebagai ekspirasi tubuh manusia. Ia sendiri menggelarkan dirinya sebagai pemahat tubuh. Levine bukan hanya membuat lukisan tiga dimensi dari paku malah ia memaparkan pelbagai karya pemasangan seni luar, katanya laman Levine Art.
Levine berkata, ia tidak membuat lakaran atau rancangan awal terlebih dahulu. Mengikutnya cahaya memberikan peranan penting untuk menghasilkan sebuah karya seninya. Cahaya juga yang memberikan keunikan dan keindahan terhadap lukisan tiga dimensi yang dibuatnya.

 Lelaki Ini Hasilkan Lukisan Menakjubkan Guna Paku. Kreatif!

sumber:MYNEWSHUB.CC
Lelaki Ini Hasilkan Lukisan Menakjubkan Guna Paku. Kreatif! Lelaki Ini Hasilkan Lukisan Menakjubkan Guna Paku. Kreatif! Reviewed by zaidizek on July 25, 2016 Rating: 5

No comments

Recent Posts

Beauty