Header Ads

Sindiket Jual Kubur Palsu Dibongkar

26hmfiktif_cropped_1469489678

Jakarta: Jabatan pemakaman dan taman Jakarta (Distaman) membongkar satu sindiket menjual kubur dengan harga berlipat kali ganda berbanding bayaran sebenar.

Aktiviti sindiket itu terbongkar selepas Distaman menemui sejumlah kubur palsu di beberapa Tempat Pemakaman Umum (TPU) di seluruh Jakarta.

Pengarah Distaman Jakarta, Djafar Muchlisin berkata, kami menemui 10 kubur palsu yang lengkap dengan batu nisan di TPU Kawi-Kawi, Pasar Baru dan Karet Bivak.

Menurutnya, kubur palsu itu terletak di lokasi popular seperti di bahagian depan TPU atau yang terletak berhampiran jalan yang mudah dilawati.

"Kubur palsu ini kelihatan seperti sudah terisi lengkap dengan batu nisan, tetapi sebaliknya ia kosong dan sesiapa boleh membeli atau menempah kubur berkenaan.

"Kami mendapat maklumat kubur ini dijual pada harga Rp2 juta (RM620) hingga Rp3 juta (RM929)," katanya.

Menurutnya, pihaknya menahan seorang petugas di TPU Karet Bicek kerana disyaki terbabit dalam sindiket berkenaan.

Bayaran pengurusan kubur di TPU adalah bermula dari Rp40,000 (RM12.39) hingga Rp100,000 (RM31).

Djafar memberitahu, pihaknya mengesyaki sindiket itu didalangi orang dalam dan dia tidak teragak-agak memecat pegawai kerajaan yang terbabit.

Menurutnya, dia yakin sindiket seperti itu juga aktif di beberapa wilayah di Indonesia.

 Sindiket Jual Kubur Palsu Dibongkar

sumber: tv14.my
Sindiket Jual Kubur Palsu Dibongkar Sindiket Jual Kubur Palsu Dibongkar Reviewed by zaidizek on July 27, 2016 Rating: 5

No comments

Recent Posts

Beauty