Header Ads

5 Tanda Sama Ada Anda Hidup Untuk Kerja Sebenarnya!


Susah nak dapat kerja membuatkan ramai diantara anda yang melakukan kerja bersungguh-sungguh tak kira masa demi untuk menyelesaikan tugasan.
Ini kerana ramai yang takut jika kehilangan kerja atau dibuang kerja dan tiada lagi sumber pendapatan.
Tapi, terlalu taksub dengan kerja pun boleh mendatangkan kesan negatif pada diri sendiri.
Jadi, anda kena tahu 5 tanda ini sama ada anda kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja!
1. Waktu kerja anda lebih lama dari orang lain 


working-hard

Itu dah tunjukkan anda ni jenis workaholic. Bukan itu je, jika anda ni jenis datang awal tapi anda yang paling lambat balik, itu dah jenis gilakan kerja. Tak salah nak kerja overtime, tapi ingat la tanggungjawab lain juga.
Kajian mendapati, kerja lebih masa tidak mendatangkan sebarang kerja yang produktif tetapi rehat yang cukup buatkan anda mampu lakukan kerja lebih efisien.

2. Kerja tanpa henti 

jim-carey

Jika anda ni jenis yang lakukan kerja tanpa henti sampai waktu makan pun masih hadap komputer, itu antara tanda yang anda hidup untuk kerja. Bukan ke lebih bagus jika anda lakukan kerja ikut prioriti. Ia buatkan pengurusan masa lebih tersusun.

3. Anda rasa tak bermaya 

tumblr_mqta5ebKh71qmgxwso1_500

Duduk berjam-jam depan komuter buatkan sistem kesihatan badan mula menurun. Tapi, jika anda ni jenis gilakan kerja, sampai tak ada masa nak berehat, memang anda akan ambil MC je nnt. Habis kerja terbengkalai.

4. Hubungan dengan yang tersayang mula renggang 

tumblr_o5ctejoLWa1udh5n8o1_500

Sibuk dengan kerja buatkan anda terlepas pandang perkara penting yang lain. Kalau dah sibuk dengan kerja, pasti pasangan anda dan keluarga akan rasa terabai. Dari situ hubungan akan mula renggang dek kerana pentingkan kerja je.

5. Anggap diri sendiri penyumbang kejayaan 

giphy

Ada diantara pekerja yang kerja secara berlebih-lebihan kerana mereka percaya bahawa diri merekalah penyumbang di atas segala kejayaan yang di kacapi oleh syarikat. Anda kena ingat, bukan anda sorang je yang lakukan sendirian. Jadi, tak perlulah paksa diri kerja macam orang gila.

sumber: hanasuva.com

5 Tanda Sama Ada Anda Hidup Untuk Kerja Sebenarnya! 5 Tanda Sama Ada Anda Hidup Untuk Kerja Sebenarnya! Reviewed by zaidizek on August 21, 2016 Rating: 5

No comments

Recent Posts

Beauty