Header Ads

Dua pencuri rempuh palang larikan Vellfire Che Ta

Dua pencuri rempuh palang larikan Vellfire Che Ta

Kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire milik pelakon terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta dipercayai dilarikan dua lelaki dari kawasan letak kereta sebuah kondominium mewah di USJ 11 di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, dua lelaki yang melarikan kenderaan itu bertindak merempuh palang kawalan keselamatan di laluan utama kondominium berkenaan untuk meloloskan diri.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki memandu kenderaan itu dan rakannya duduk di tempat duduk duduk penumpang hadapan.

"Kita masih berusaha untuk mengenal pasti kedua-dua suspek dan usaha memburu mereka sedang dijalankan.

"Pemilik kenderaan (Che Ta) turut melaporkan kehilangan beberapa barang berharga antaranya beg tangan dan kasut berjenama yang ditinggal dalam kenderaan itu," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Justeru, katanya orang ramai yang ada terlihat kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WWQ 93 atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu, diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sumber : Bharian
Dua pencuri rempuh palang larikan Vellfire Che Ta Dua pencuri rempuh palang larikan Vellfire Che Ta Reviewed by zaidizek on August 11, 2016 Rating: 5

No comments

Recent Posts

Beauty