Header Ads

Maut Langgar Babi Hutan Di Jalan Hulu Yam Baru Sungai Tua

maut-langgar-babi-hutan-hulu-yam

Seorang wanita meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan babi hutan di Jalan Ulu Yam Baru-Sungai Tua di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Abdul Rahman Yahya Zikri berkata, wanita berusia 34 tahun itu dalam perjalanan ke tempat kerja dengan suaminya apabila motosikal mereka merempuh haiwan itu kira-kira pukul 8.45 pagi Rabu.

"Motosikal itu terbabas berada di luar kawalan selepas melanggar babi hutan itu.

"Wanita itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya yang berusia 35 tahun mengalami kecederaan di kepala," katanya.

Difahamkan bahawa haiwan itu juga mati dalam kemalangan tersebut.

Lelaki itu menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Baru, di mana mayat isterinya dihantar untuk bedah siasat.

sumber: pakdin
Maut Langgar Babi Hutan Di Jalan Hulu Yam Baru Sungai Tua Maut Langgar Babi Hutan Di Jalan Hulu Yam Baru Sungai Tua Reviewed by zaidizek on August 18, 2016 Rating: 5

No comments

Recent Posts

Beauty