Menteri gesa tunggu hasil siasatan, tak adil tuduh Ustaz Kazim
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta orang ramai supaya menunggu hasil siasatan penuh polis berhubung dakwaan pencabulan seksual dan seks luar tabii di sebuah maahad tahfiz di Ipoh milik Ustaz Kazim bagi mengelak sebarang gambaran yang tidak elok.
Tunggu siasatan, tidak adil tuduh ustaz Kazim, gesa menteri.
"Tuduhan seumpama itu memberi gambaran yang tidak begitu baik… seeloknya biarlah ada siasatan, biar ada sesuatu dibuat.
"Jadi kalau kita terus menghukum sekolah yang dipunyai penceramah yang besar namanya dalam negara itu sangat tidak berapa adil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Beruas di sini semalam.
Baru-baru ini, tersebar di laman sosial mengenai beberapa pelajar baharu di maahad tahfiz berkenaan yang dikatakan dicabul selain didakwa berlaku kejadian seks luar tabii. — Bernama
Sumber: Projek MMO
Menteri gesa tunggu hasil siasatan, tak adil tuduh Ustaz Kazim
Reviewed by zaidizek
on
August 29, 2016
Rating:
No comments