Header Ads

PENDEDAHAN MENGEJUTKAN Bekas Anggota Kongsi Gelap Ekoran Kes Tembak Mati Lelaki Di Setapak!


KUALA LUMPUR: Pemilik syarikat peminjam wang, V. Kandasamy, 43, yang mati terkena 10 daripada 18 tembakan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Ibu Kota, Setapak, Rabu lalu dipercayai orang kanan ahli kumpulan kongsi gelap, Geng Satu Hati.  Menurut bekas anggota sebuah geng di ibu kota, yang mahu dikenali sebagai 'Dino' berkata, dia percaya pembunuhan lelaki tersebut adalah perbuatan "Fin". Mereka yang digelar 'Fin' ini, akan bertindak lebih ganas dan tidak mempunyai belas kasihan terhadap sesiapa pun yang disasarkannya. 'Fin', itu gelaran anggota kongsi gelap yang sanggup melakukan apa sahaja untuk geng mereka, termasuk membunuh.
"'Fin' bererti penyudah atau pengakhiran dalam Latin dan itulah maksud mereka terhadap mangsa.
"Mereka ini dianggap seperti komando yang berani mati dalam menjalankan setiap arahan atau tugasan yang diterima," katanya.

Menurut lelaki berusia 32 tahun itu, boleh dikatakan semua kumpulan kongsi gelap mempunyai pembunuh mereka sendiri. BACA: Kes Tembak Mati Lelaki Di Lampu Isyarat, Rakan Mangsa DEDAH Sesuatu Yang Mengejutkan!
 
"Memang tugas Fin menakutkan kumpulan lain yang mungkin mahu menceroboh kawasan geng mereka," kata Dino.

Katanya, kawasan ditakluk geng dikenali sebagai 'port'. Kumpulan berkenaan mengutip wang pelindungan serta menjalankan pelbagai aktiviti haram di kawasan itu.

" 'Peperangan' berlaku ketika satu geng cuba merampas port kumpulan yang lain.
"Pergaduhan berlaku hampir setiap minggu. Biasanya jika bergaduh, hanya senjata tajam  digunakan...tetapi sejak kebelakangan ini banyak kumpulan sudah memiliki senjata api  kerana harganya murah dan ia mudah didapati ", katanya.

"Kebanyakkan mereka mendapatkan senjata api ini dari Thailand yang diseludup melalui 'jalan tikus' dengan harga antara RM1,000 dan RM20,000 bergantung kepada jenis senjata," katanya.

Dino berkata, dia terpengaruh untuk menyertai geng lima tahun lalu kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

"Pada mulanya, memang saya tidak berminat langsung untuk menyertai kumpulan ini...tetapi saya perlukan duit...lagipun ketika itu saya tergoda dengan sebuah filem tempatan menayangkan kehidupan kumpulan kongsi gelap," katanya.

"Tugas saya mudah...mengugut dan memukul orang dan jenayah dadah...saya mendapat wang tunai beribu ringgit," katanya.

 PENDEDAHAN MENGEJUTKAN Bekas Anggota Kongsi Gelap Ekoran Kes Tembak Mati Lelaki Di Setapak!

sumber: sensasi.org
PENDEDAHAN MENGEJUTKAN Bekas Anggota Kongsi Gelap Ekoran Kes Tembak Mati Lelaki Di Setapak! PENDEDAHAN MENGEJUTKAN Bekas Anggota Kongsi Gelap Ekoran Kes Tembak Mati Lelaki Di Setapak! Reviewed by zaidizek on August 02, 2016 Rating: 5

No comments

Recent Posts

Beauty