Header Ads

PENDEDAHAN TAKTIK PENIPUAN DAN MODUS OPERANDI GENG PRE ORDER ONLINE


Bukan berniat mahu menjatuhkan perniagaan sesiapa cuma sebagai peringatan kepada mereka yang bakal teraniaya. Susulan dari penerbitan post Bahaya Beli Telefon Atau Gajet Secara Pre Order ada pula pihak yang tidak berpuas hati dan mendakwa ammboi.com cuba menjatuhkan perniagaan mereka. Bagi mereka, bukan semua penjual gajet secara pre order adalah penipu sebagaimana yang didedahkan. Ia hanya melibatkan segelintir syarikat dan menyebabkan periuk nasi mereka juga terjejas.

 Namun begitu, ammboi berpendapat ia sememangnya wajar dihentikan. Bukan mahu menafikan hak peniaga tersebut, namun ternyata ia lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Apapun, ia adalah hak penjual dan juga pembeli. Ammboi hanya beri pendapat dan nasihat agar lebih ramai bakal-bakal mangsa terselamat daripada mengalami kerugian ekoran terpedaya dengan taktik jualan murah gajet secara pre order.

Ammboi sependapat dengan saudara Ahmad Abu yang telah berkongsi mengenai taktik dan modus operandi geng penipuan online pre order gajet seperti permainan video, telefon bimbit dan sebagainya ini.

Jom kita baca perkongsiaannya dibawah:

Mula-mula barang pre order sampai dan semua happy…

Ok. Mari aku kasi tau flow permainan preorder ni. Nak caya tak nak caya suka hati kau. Nak maki ke ape suka hati kau. Fasa pertama (batch awal2) – barang yg di preorder sampai – semua happy – ramai kata seller ni trusted

Kemudian jadi viral dan makin ramai terpengaruh…

Fasa kedua (bacth seterusnya) – ramai yg order sebab termakan kata2 org pernah order dgn seller sekian sekian. Trusted lah recommended bagai – ada yg order utk dijual balik – dlm kepala dh pikir blh buat untung atas angin

Alasan barang lambat sampai…

Fasa ketiga (lama tunggu barang tak sampai2) – grup wasap bising x henti2 customer dk tanya bila brg nk sampai. – tokey preorder akan cakap barang delay dgn alasan mcm2 spt kapal karam, musim raya, pejabat pos x bukak dan mcm2 lg. – customer diminta bersabar

Kantoi…

Fasa keempat (kantoi atau tersontot) – tokey preorder janji akan refund – bagi tarikh sekian2 bila akan direfund – tokey preorder kata xleh bg on the spot duit sbb customer ramai. Kena ikut turn.

Hilang duit….

Fasa terakhir – ada yg dapat balik duit. Ada dapat penuh ada dapat separuh – itu pun setelah diugut oleh customer. Spt pukul atau report polis – ramai yg x dapat. – kepada yg tak dapat tu blh lah ucap selamat tinggal kpd duit anda.
Berikut pula antara beberapa lagi petikan Facebook mengenai kes pre order yang kantoi. Sehingga kini, kes berkenaan nampaknya masih viral di laman sosial.

Adakah pembeli yang terkena masih berpeluang mendapatkan kembali wang pre order mereka? Sama-sama kita nantikan…

sumber: ammboi.com





PENDEDAHAN TAKTIK PENIPUAN DAN MODUS OPERANDI GENG PRE ORDER ONLINE PENDEDAHAN TAKTIK PENIPUAN DAN MODUS OPERANDI GENG PRE ORDER ONLINE Reviewed by zaidizek on August 24, 2016 Rating: 5

No comments

Recent Posts

Beauty