Header Ads

Aliff Aziz & Bella Astillah Selamat Diijabkabul - Tahniah.


Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Aliff Aziz yang sudah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Bella Astillah dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Bukit Jelutong, Kuala Lumpur pada jam 12.05 tengah hari semalam.

Aliff dengan sekali lafaz sah menjadi suami kepada Bella. Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Awang Astillah [email protected] Bella menerima mas kahwin berjumlah RM333 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.  Walaubagaimanapun, pasangan mempelai enggan mendedahkan jumlah hantaran perkahwinan.

Majlis akad nikah berkenaan diadakan secara tertutup dan dihadiri kira-kira 200 orang tetamu terdiri daripada anggota keluarga kedua-dua pihak.


Aliff pada masa yang sama sempat meluahkan rasa syukur kerana majlis berjalan dengan lancar dan berharap rumah tangga yang dibina akan berkekalan serta diberkati.

Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti diharapkan.  Saya dan Bella berharap rumah tangga yang baharu dibina ini akan terus mendapat keberkatan daripada Allah dan restu berpanjangan daripada keluarga, peminat dan semua.



Semoga ikatan perkahwinan Aliff Aziz dan Bella Astillah berkekalan sehingga hujung nyawa dan dilimpahi dengan kebahagiaan yang lebih lagi selepas ini.

Sumber Berita : BH ONLINE

Aliff Aziz & Bella Astillah Selamat Diijabkabul - Tahniah. Aliff Aziz & Bella Astillah Selamat Diijabkabul - Tahniah. Reviewed by zaidizek on September 11, 2016 Rating: 5

No comments

Recent Posts

Beauty