Header Ads

3 rentung kemalangan babitkan bas ekspres

kemalangan-bas-kereta-3-rentung-2

RAWANG: Bomba mengesahkan tiga mangsa rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan kereta di Kilometer (KM) 447.7 Lebuh raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Rawang Selatan – susur masuk Hospital Sungai Buloh, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata mangsa yang rentung adalah pemandu, penumpang hadapan dan penumpang belakang.
Bagaimanapun, katanya, identiti mangsa belum dikenal pasti berikutan keadaan fizikal mangsa yang terbakar teruk.

"Setakat ini, kita belum tahu identiti mangsa tetapi, berdasarkan susuk tubuh kita percaya mangsa adalah orang dewasa," katanya.

Kejadian jam 8.23 malam itu dipercayai berlaku apabila bas berkenaan melanggar kereta jenis Proton Wira Aeroback, menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar.

Difahamkan, terdapat 15 penumpang di dalam bas berkenaan dan seorang pemandu namun, semua dilaporkan selamat.

kemalangan-bas-kereta-3-rentung 

sumber:pakdin.my
3 rentung kemalangan babitkan bas ekspres 3 rentung kemalangan babitkan bas ekspres Reviewed by zaidizek on August 07, 2016 Rating: 5

No comments

Recent Posts

Beauty