Header Ads

Inilah KEJUTAN ISTIMEWA Siti Nurhaliza Buat Peminatnya Memang Tak Disangka!

Inilah KEJUTAN ISTIMEWA Siti Nurhaliza Buat Peminatnya Memang Tak Disangka!Penyanyi terkenal tanah air, Dato Siti Nurhaliza telah membuat kejutan istimewa buat peminatnya yang terpilih apabila beliau telah berkunjung ke rumah Nor Aziah Abdul Aziz di Taman Dahlia, Johor Bharu semalam.  Malah, Siti menjelaskan perancangan untuk memberi kejutan tersebut sudah lama tertangguh namun baru sekarang terlaksana atas bantuan pengurusnya serta adik kepada Aziah. 

"Kak Aziah sendiri tidak tahu saya datang ke rumahnya dan perancangan untuk membuat kejutan kepadanya berjaya selepas adiknya sudah bersepakat dengan pengurus saya untuk menjadikan kejutan ini lebih bermakna.

"Terima kasih Mak Kak Aziah yang sudah bersusah payah masakkan nasi ambeng yang saya hendak sangat makan," kata Siti menerusi Instagram miliknya.

Inilah KEJUTAN ISTIMEWA Siti Nurhaliza Buat Peminatnya Memang Tak Disangka!

Sementara itu, Siti menceritakan ketika sampai di sana, Aziah berada dalam biliknya dan menjerit apabila melihat kelibatnya ketika pintu dibuka.  

"Saat apabila Kak Aziah membuka pintu bilik terus terkejut sebab saya di hadapan pintu biliknya dan Kak Aziah menjerit dan menyorok dibelakang pintu bilik.

"Saya gembira sangat hari ini kerana dapat berkunjung ke rumah Kak Aziah," ujarnya.

Malah, Siti sangat teruja dengan koleksi poster gambarnya yang memenuhi bilik tidur dan ruang tamu.  Aziah sebenarnya terpilih sebagai pemenang pertandingan Jurnal Dato Siti Nurhaliza yang diadakan baru-baru ini. Apapun, betapa beruntung Aziah kerana menerima tetamu yang paling istimewa.  



Inilah KEJUTAN ISTIMEWA Siti Nurhaliza Buat Peminatnya Memang Tak Disangka!
Inilah KEJUTAN ISTIMEWA Siti Nurhaliza Buat Peminatnya Memang Tak Disangka! Inilah KEJUTAN ISTIMEWA Siti Nurhaliza Buat Peminatnya Memang Tak Disangka! Reviewed by zaidizek on August 08, 2016 Rating: 5

No comments

Recent Posts

Beauty