Header Ads

Along Cham dedah failkan saman nusyuz kerana Zila AF keluar rumah tanpa izin


Along Cham dedah failkan saman nusyuz kerana Zila AF keluar rumah tanpa izin, "saya tak pernah larang dia jumpa anak, tapi bulan Syawal pun tak nampak batang hidung" 

Panas dengan gosip rumah tangganya goyah, artis komedi, Along Cham, 33, yang diburu media sejak minggu lalu, akhirnya tampil memberi kenyataan kepada BH Online.

Akui Along, selagi boleh, dia mahu menutup aib dan mempertahankan rumah tangga atas dasar cinta sejak enam tahun lalu. Along dan isterinya, Zila Seeron, 28, dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Danial, 5.

Namun, demi mempertahankan maruah diri dan keluarga, lebih-lebih lagi ibu bapa yang menggalas tanggungjawab membantunya menjaga Danial di Johor Bahru, anggota Kumpulan Cham itu terpaksa bersuara.

"Malu keluarga saya apabila dia mendakwa kami tidak mengizinkannya menjenguk anak. Dia kena fikir ibu bapa saya menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan. Sepatutnya dia berterima kasih pada keluarga saya.
"Apabila mendakwa kami tidak membenarkan dia menjenguk anak, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tidak kisah jika dia memburukkan saya, tetapi tolonglah jaga hati keluarga saya.

"Hairannya, kenapa selepas berbulan-bulan baru ada perasaan rindu yang teramat sangat pada anak? Mana perginya naluri seorang ibu ketika rancak mencetuskan perbalahan dan minta saya menceraikannya setiap hari dalam perbualan telefon?" katanya.

Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, berkata dia tidak pernah melarang Zila berjumpa Ahmad Danial.

"Saya fikir tiada istilah melarang berjumpa anak kerana dia tahu di mana anak kami berada. Bukan dia tidak tahu jalan ke rumah keluarga mentuanya?

"Lagi satu, tidak logik keluarga saya akan menghalaunya jika dia sudah berada di depan pintu rumah. Keluarga saya tidak pernah campur tangan dalam masalah rumah tangga kami. Mungkin jika dia datang dan menundukkan keegoannya, rumah tangga kami masih dapat diselamatkan.

"Bagi saya, mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Sepanjang Syawal hingga hari ini, kami menantikan kedatangannya dengan keluarga tetapi batang hidung pun tidak nampak menjenguk anak kami," katanya.
Along berkata, dia menfailkan saman nusyuz terhadap Zila baru-baru ini disebabkan tindakannya keluar tanpa meminta izin suami.

"Bagaimanapun, hanya ini yang boleh saya ceritakan kerana kes perceraian kami masih dalam perbicaraan," katanya yang berusaha menyelamatkan mahligai dibinanya itu.

Along Cham dedah failkan saman nusyuz kerana Zila AF keluar rumah tanpa izin

sumber: terbakor.com
Along Cham dedah failkan saman nusyuz kerana Zila AF keluar rumah tanpa izin Along Cham dedah failkan saman nusyuz kerana Zila AF keluar rumah tanpa izin Reviewed by zaidizek on August 01, 2016 Rating: 5

No comments

Recent Posts

Beauty